Saturday 18 May 2013

Just give me a reason



This guy is gorgeous like hell! *pengsan*

Oh by the way, this song is like haunting me. Can't get enough of this lullaby..

Must teach Aisyah to sing this guna birthday mic dia hehe..

Have fun singing! :)


Tuesday 14 May 2013

Happy 2nd Birthday Aisyah!!

Salam

Today genap laa Aisyah 2 years and 2 days. Besar dah anak dara mama sorang ni. Dulu kecik besar tapak tangan je. Hehe. Everytime I look at her now mesti ter-comparekan masa dia baby baru-baru lahir dulu. Kecik sangat. 2.6kilos and now pun takde laa berat sangat but she seems quite tall. Genetik papa nye kot.

12 Mei jatuh pada last Sunday but my husband and I decided to celebrate it on the 11th May since most of my family members are free on that particular date. Oh this year celebrate at my mom's house plak. So my beloved mama and sisters sibuk prepare all the ballons, gantung banner and most importantly the food. Deliciously yummy food. All my aunties and uncles semua datang but unfortunately my sister-Ayu; tak dapat datang sebab dia oncall. But it's OK since later we celebrate lagi eh? Hehe

We arrived quite late since I have few surgeries need to be done and my husband nak make sure his petshop is organized accordingly before balik ke Gombak. Dalam kereta, kitorang nyanyi lagu Happy Birthday, Are you sleeping etc and Aisyah will be dancing and singing as well. We were so blessed to have u in our lives. Sampai je kat rumah dah nampak ballons banner tulis HAPPY BIRTHDAY and semua orang wish happy birthday to aisyah and not to forget to her papa jugak. (11may is his birthday).

Then we had our lunch followed by acara memotong cake. Since Aisyah sangat suka ice-cream and cat so we opt for Baskin Robbin cake ice-cream bergambarkan kucing. She was so happy to see her birtday cake. Siap cakap. yeay!yeay! lagi sambil lompat-lompat. Haha. Lepas semua nyanyi utk Aisyah n her papa then aisyah tiup lilin dgn bantuan her mama laa of course. Right after that tetibe Aisyah buat bunyi kucing,"Meow..Meow.." and semua orang gelak sambil buat bunyi kucing jugak. Haha.. She also laughed without understand the reasons of ppl laughing Haha...

To cut the story short, lepas lepak-lepak, makan-makan, gelak-gelak then upacara bukak hadiah. my mom and dad bought her many colorful shirts. Beautiful shirts I must say while her unties belikan Aisyah standing mic since she loves singing and dancing. Aisyah memang suka gile. Lepas semua tetamu balik je dia pun gi menyanyi sampai pukul satu pagi. OMG!!! To see her singing adalah sangat kelakar. My sisters and I gelak terguling-guling dengar dia nyanyi and nari-nari. Ada yang sempat divideokan and most of it are pictures.

I bet she is beyond happy that day. I am.

To Aisyah my dear,
Mama, papa, wan mamas, atoks, unties and uncles love you so so much. 
Semoga Aisyah menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
Insya Allah..

Seriously I do love u so much. U are like everything to me. Seeing your face gives me inner strength. Hearing your voice and laughter bring me so much joy. Hilang all the stress or even problems (if any).

I am so blessed of having you in my life and I can't thank Allah SWT enough for that.

Here goes some pictures during the small party and videos as well.

Will upload more pics later since sang suami yang amek gambar banyak ;)

my princess =)


with her untie and melting cake. She said,"untie Na, aisyah nak cake satu pliss"

Bukak hadiah
Karaoke session lepas tukar pampers and baju
tengah tunggu request songs from unties

tired but still nak nyanyi
nih memang dh kronik sgt penatnyee. Lol!

Well here goes the videos. Banyak dengar suara unties yang gelakkan aisyah and nyanyi bersama-sama si birthday girl. Have fun watching! =)



<3

Friday 10 May 2013

Nasihat

(wahh tajuk gah sangat macam bagus)

Salam.

Today tetibe terasa terpanggil untuk tulis pasal relationship; more focus untuk budak-budak yang kononnya tengah ghairah bercinta sampai mati.

Well I used to know this girl age around 18yo, she was so in love with her boyfriend. To cut the story short, her boyfriend or should i say her ex-bf has another girlfriend. Bla..bla..bla.. They broke off. and to my surprise, this girl try to commit suicide but not really serious laa kot. Attempt tuh sudah ada. Luckily she is still alive, I hope. My husband and I took her to the nearest clinic and sort of giving her some advices. 
OK Habis takat tu je. Tak payah citer detail sangat.
On the way back home, I was thinking rupanya ada jugak orang yang sanggup ber-kamikaze dalam bercinta and tanpa berfikir panjang cuba untuk membunuh diri apabila mengetahui cinta hatinya dah ada orang lain.. Waahh ingatkan dalam novel dan sandiwara di TV je yang ada. 

Well nasihatnya adalah begini, kenapa kita plak yang kene bunuh diri bila laki tuh dah ada orang lain? Biarkan laa dia. It is his lost kot..We have family, friends and most importantly we have Allah. Sedih tu ye laa. I pun admit kot since semua orang pernah putus cinta but takde laa to the extend of bunuh diri. Kan ramai lagi jejaka di luar sana yang better than our exes. But if u have "terlanjur" jangan laa kembali ke budak itu sebab orang lelaki yang sentuh kita sebelum nikah adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan bukanlah orang yang baik.

Then satu lagi pernah TERBACA ye bukan terdengar, pasal lelaki memukul perempuan masa dalam bercinta. Waaahh laki manakah yang sangat dayus itu? Ada plak pukul pompuan. Gi laa pukul laki sama laki. Ke ko ni pondan so berani lawan dengan pompuan je? (tetibe emo) Kalau dah masa bercinta kena pukul, sepak terajang, so cecepatlaa menjauhkan diri dari lelaki tersebut. Kalau tak sampai kahwen laa ko kene benda yang sama. Jangan nak sayang-sayang sangat la. Baik sayangkan mak bapak yang membesarkan korang tuh dari kecik.

Ok-ok.. betol memang laa senang cakap tapi kalau kita tak cuba tak tau. Tuh semua adalah sign dari Allah bagitau yang laki-laki seperti di atas adalah orang yang paling tak guna sekali dan tak bertanggungjawab. Ni kalau dah kahwen pun kene benda yang sama kan lagi susah nk "lepaskan" diri. Ada tittle "J" plak nanti. Kalau ada anak lagi laa susah. So sebelum kita buat apa-apa perkara sila duduk pikir dengan waras. Buat analisis sikit setiap tindakan. Jangan emosional sangat. Jangan cakap or buat perkara bukan-bukan. Pikir dalam-dalam, pikir masak-masak.

Myself as a mother of Aisyah selalu doa yang Aisyah dipertemukan dengan jodoh yang bertanggungjawab, yang tak buat perkara-perkara di atas dan yang paling penting sekali yang boleh mendidik dan membimbing my princess dengan cara Islam. Lindungilah anakku Ya Allah.. Amin..


By the way, this Sunday is her 2nd birthday, thought of having a very small gathering with my family. I am so blessed of having this loving parent (abah and mak sayang korang gell), sisters, uncles and unties. Terima kasih Ya Allah. I can't thank you enough for that!







K readers, stop now. Heading to my husband's petshop.

Spread the love~








Tuesday 7 May 2013

Meow-Meow

Finally.. After so so long of waiting, Meow-Meow is back.

Oh-oh let's me introduce who is Meow-Meow exactly.

Meow-Meow is a very so chomel cat that my husband first bought. This is the first cat yang kitorang beli zaman bercinta dulu kala. She was 4months old when we first bought her.

Then my hsband pinjamkan kepada kawan nya untuk dibuat breeding dipendekkan cerita now she is back with us again. We plan to rehatkan dia dari mengandung lagi sebab she is quite old now. Asek mating, beranak, menyusu.. itu je laa kerja dia. Sian dia. Orang pompuan pun disuruh rehatkan dulu tau. Sigh! Let her gain weight first and most importantly I want her to be healthy. Stop producing. Might consider to spay her after this.

Well to cut the story short, we are happily happy that she is back.

Just a reminder to readers and also myself;

 Dari Ummu Salamah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya engkau sekalian selalu mengadukan persengketaan kepadaku. mungkin sebahagian darimu lebih pandai berhujah dari yang lain, lalu aku memutuskan untuknya seperti yang aku dengar darinya. Maka barangsiapa yang aku berikan kepadanya sesuatu yang sebenarnya adalah hak saudaranya, sebenarnya aku telah mengambil sepotong api neraka untuknya." ( Imama al-Bukhari dan Muslim).


Sabda Rasulullah saw bersabda :

“Sesiapa yang merampas hak seorang Muslim dengan sumpahnya maka sesungguhnya Allah s.w.t telah memastikan neraka untuknya dan mengharamkan untuknya syurga.” Seseorang bertanya baginda: “Walaupun benda itu sedikit wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Walaupun sebatang kayu sugi.” ( Imam Muslim)

Gambar meow-meow tak ingat simpan kat mana. Will upload later.

Bye.

Monday 22 April 2013

Ciri-Ciri Orang Munafik

 Salam..

Hari ni mood sangat tak best. Lepas breakfast tadi macam-macam benda jadi. Semua pun tak betul. Sometimes I wonder, nape manusia ni suka sangat menipu? There is no such thing as tipu sunat ye adik-adik sekalian. Hmm.. Baiklah, today nak share sket ciri-ciri orang munafik yang sangat dibenci oleh Allah SWt.. (Na'uzubillah)

CIRI CIRI MUNAFIK;
(ihsan dari JAKIM's website)

Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Empat sifat itu adalah;
1) Apabila dipercayai ia khianat, 
2) Apabila bercakap ia berdusta, 
3) Apabila berjanji ia mungkiri; dan
4) Apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )

Oleh yang demikian, marilah kita berdoa agar ciri atau ciri-ciri munafik ini tiada dalam diri kita dan juga keluarga kita dan juga keturunan kita. Semoga kita sentiasa hidup dalam keredhaan Allah SWT sentiasa. Amin..

To my dear Aisyah sayang,
 Pls grow up and be a good muslimah. Pelihara lah diri dan maruah diri dan keluarga. Hindarkan ciri-ciri di atas. Mama selalu doakan Aisyah jadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat. Amin.. I love u so much busyuk!!

my nyawa =*

Tuesday 2 April 2013

Nasi Lemak Kopi-O


  Salam

Am so excited to write about my experience been interviewed last Sunday (24th March 2013)!! Sebenarnya my husband's friend who works with TV9 yang cadangkan my name untuk slot Kucing Kesayangan kot kalau tak silap. Slot tuh utk rancangan Nasi Lemak Kopi-O (NLKO). Previuosly dorang dah panggil like 2 vets dah so kalau campur myself dh 3orang vet laa. my topic was to discuss about "Kutu Kucing". Hehe ;) 

Ok,let's jump terus pada hari kejadian itu. We all slept over at MIL's house sebab pepagi dh nk gerak and nak tinggalkan Aisyah sekejap kat dorang mntak tolong jaga jap sebab nursery tutup on weekends. (waaahh panjangnye ayat takde noktah..) My husband bangun awal gila kot. Seawal  jam 6 pagi dh kejut2 suruh bangun. Haish sayangku, kita punya slot kol 9 pagi n insya Allah tak jam kot. So I tido balik and dalam jam 6.45 baru bangun. Mandi-mandi, solat-solat, pakai baju, kiss aisyah and vrooom we went to Seri Pentas.

Arrived around 7.45am and melilau laa kitrg cari tempat. Kat luar Seri Pentas ada live show untuk MHI so kitorang pun menggagau la cari kat mana studio NLKO. Then we asked makcik yang sapu sampah, n dia ada laa bagi directions sket. Thanks makcik. Then we sesat again. Tetiba nampak dis one untie duduk kat sofa berhadapan dengan makanan-makanan. (Dlm hati berkata ni mesti makanan utk org2 yg tengah shooting nih hehe) So kitrg pun terus tny untie tuh and dia dengan baik nya cakap jom ikut untie tunjukkan. I smiled and said thanks. Untie tuh simple je but sangat sweet. Beg Chanel die sgt cantikk!! Warna ala-ala cream sket. Sampai kat satu pintu tu dia ckp, "Ni laa studio NLKO" and tetibe ada orang yg bukak pintu tu salam and cium tgn dia. (dlm hati ckp mesti dia ni somebody kot sebab majority semua org kenal)

Then, ada this one lady tegur I and tanya, "U Doktor untuk segmen Kucing ke?" I nodded. And dia suruh ikut dia utk make-up sket. Menonong laa kami berdua ikut dia. Then dia pesan kalau dh lepas make-up pergi balik kat studio NLKO. I nodded and smiled. Masuk-masuk je ternampak Liyana Jasmay!! Oh time tuh hati kecik dah tergedik-gedik dah nak terus amek gambar. Tp tahap ke-malu-an tuh sangaaaattt tinggi. Masa duduk sebelah dia utk make up tuh, I pun bg laa sign kat husband suruh tangkap gambar. Dia buat dono je. Aishh!! sabar je laa aku! pastu lps abes tuh tny dia asal tak amek gmbr. Dia kata tak boleh takut2 kang artis tak suka kalau kita amek gmbr dia tak make up lg. ooo btol jugak kot. Tapi nak jugak sebenarnye! Mencciii !!! =)

Then kitorang pun pergi laa ke studio balik, there ada org pasangkan mic kecik yang masukkan dalam baju tuh and lepas tuh kitrg pun tunggu laa turn kitorang. Time tuh tengah ada 2org adik-beradik nyanyi. Sedap gile suara dorang kot. 

Set NLKO

Eh sebelum dorang nyanyi, AG Hot Fm tengah ready-ready nak baca keratan suratkhabar.
He is so so funny.. =))


tengah baca keratan surat khabar ;)
Haaa now baru gambar adik beradik menyanyi ni. Abg main gitar and adik nyanyi. Adik dia suara sangat sedap tau. Tp bile kene interview ngan Fizo Omar and AG terus takleh cakap pape. Haha. Terus aku plak yang kecut perut. Masak laa kalau tetiba mak terdiam seribu bahasa. Waduhh terus berdoa dalam hati.. Tolong laa jangan kelu or tetibe blank ke. Tolong laa kalau soklan tuh tak tau jawapan apa boleh goreng je macam zaman student dulu haha. Aminnn!

Tuh dorang tengah nyanyi. AG and Fizo plak tengah standby utk next session

Tengah tengok-tengok sambil layan nyanyian tersebut, tetiba ada orang masuk set, toleh-toleh tengok makcik tadi and belakang dia LIYANA JASMAY! OOO baru tau tuh mama LJ rupanya.. Her mama terus duduk sebelah saya. Yeayyy.. Time tuh dh bisik-bisik kat fazal suruh amek gambar tp dia pun malu. Haha amek gambar pakai mata je katanye. Sabar je laa haha

She was singing lagu baru dia tajuk "Jujur"












LJ sangat kurus and sangat friendly. Serious dia sangat comel. Tak sombong lansung tau. Mama dia pun camtu tau. Best sangat! Ingatkan ada laa gambar berdua dengan LJ ni tp sang suami suruh amek gambar pakai mata je sebab masing-masing macam malu je nk mintak bergambar hewhewhew 

Then tibalah my giliran utk ke atas sofa tuh. Waduuhhh!! Berdebar-debar siot. Rasa macam nak terberak terkencing semua laa ada. 10minit sebelum kol 9.00 i told my husband that I wanted to go home. Dia kata jom laa cepat. Aik, main sarcastic nampak. Huhu then dia pujuk balik cakap, rilekss laa.. eleh senang laa dia cakap, orang soh ikut sekali dok sebelah dia tak mau.. Haa tau pun takut tau hihi

Then lepas LJ dan abes dengar laa AG and Fizo cakap, ".. Jangan kemana-mana sebentar lagi kita akan bersama dengan Dr Kucing, Meow-Meow. Nantikan!" (eh agaknye gituh laa bunyik dia kot) Time dorang cakap macam tuh je terus kaki menggigil and perut dah memulas. Adoiyaii nyesal accept pun ada jugak time tuh tau. Dah laa "SECARA LANSUNG". takuttt.. Kalau tergelak kuat macam kat cafe vet dulu cmne? Oh diri pls behave.. Hati berkata-kata sendiri. Hehe

Then masa iklan, produser suruh duduk sebelah Fizo.. Auwww malunye mak, nyah oi.. Fizo sangat laa Handsome. Kulit sangat cantik okeh? Geram je tengok. Cakar sket kang baru tau. Meow! Oiitt tak nampak ke laki kat depan tuh pompuan oii..Hati berkata menyedarkan diri dari lamunan. Gituh. AG plak sangat tough and manis. 

Hmm mak nak angkat bakul sekejap iye boleh tak? Haha.. Masa tengah iklan sebelum my session tiba, LJ tny mana Dr Kucing? Terus laa produser tunjuk kat mak ni ha. Mak pun terus bangun and macam menuju ke sofa tuh, then tetibe dgr LJ cakap CANTIKNYAAA DR KUCING NI!!! And Fizo and AG plak mengiyakan. Terus mak kembang bermangkuk-mangkuk tau. hikhik. Pastu LJ ckp kat dorang, Uols jangan nak kacau-kacau Dr sangat tau, nmpk tak boyfriend dia kat sini. Tetibe suami kata, saya husband dia. Wowoo.. Semua tak caya. hihi

Fizo tanya la kat mak dah berapa lama kahwen, AG plak tanya camne leh jumpa dll yang takde kaitan dengan kucing mahupun kutu. Hehe.. Yang paling kelakar bila AG tertanya, "Ok Dr, dh berapa lama jadi kucing?" Hahah.. Time tuh semua orang gelak gile. So myself pun terkuranglah nervous nya. Hehe. AG tanya I first time ke masuk TV and I nodded. Fizo plak cakap jangan takut just buat macam kat rumah sendiri cuma jangan korek hidung je Haha..To conclude, dorang ni semuanya kelakar sangat and I don't even feel awkward after that. Nervous stil laa ada tp boleh laa nak bercakap-cakap. In fact masa interview tuh, tak teringat lansung yang kitorang tengah live. Hehe.. 

Ni tengah ice-breaking. Before session starts.








hihihi








Tuh gambar masa tengah-tengah iklan. Tengah tidak menervouskan diri. Dorang ni memang pandai. The way dorang tanya sangat bagus. I am so not nervous dah time tuh hehe =)

oohh dah start dah hehe




tgk skrip yg dibuat sendiri tp last2 tak pakai pun huhu















Ok that was semasa the interview. Haha.. I told u guys yg mmg time tuh macam borak je takde laa rasa nervous sgt hehe. Ok laa better off now. If nak tgk lagi siaran ulangan sila daftar and go to website www.tonton.com.my  If I'm not mistaken, my slot adalah episode yang ke 36. Selamat menonton tonton! =)