Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Wednesday, 14 November 2012

Durian Ais Goreng

Salam

Last week, MoA ada buat seminar pasal IAT so kat bawah penuh laa orang-orang IAT yang berniaga. Mostly yang berniaga ni mendapat tunjuk ajar dan petunjuk dari Jabatan dan Agensi dari MoA. So macam-macam laa ada seperti otak-otak, cookies yang macam-macam jenis, kerepek, serunding dan lain-lain laa lagi yang biasa kita makan.

Cuma, ada satu je yang macam tak pernah makan which is DURIAN AIS GORENG!! Kalau ice cream goreng tuh dah biasa. Memula ingatkan ice cream goreng flavor durian. Tetapi bila tanya makcik yang jual tuh cakap,"Bukan dik.. Ini durian yang di frozen kan and masuk tepung dan goreng dengan cepat.." Ermm macam menarik je bunyik nye. Plus, tengok orang pun beratur macam dasyat je. Dalam hati cakap mesti sedap. So masuk dalam wish list before balik ofis. Now kene round dulu sebab kalau nak tunggu lama sgt. I tak larat nak beratur! Haha

Then, lepas beli popia otak-otak, Yan (my colleague) beli kaftan dan sebagainya, kami pun pergi laa balik kat tempat durin ni tadi. Dah tak ramai orang so boleh laa tunggu durian tuh dimasak sekejap. 

Add or Like them at FB
Tengah sibuk memanaskan minyak sambil membersihkan kerak kat tepi-tepi
Tuh bekas tepung (kiri) and makcik berglove tengah masukkan durian ais utk digoreng
Inilah rupanye durian ais goreng tuh.

Err dah tak sabar dh nak rasa sebenarnye. Tapi sebab order 4 biji so kene tunggu dengan penuh debaran. Btw, I'm sharing it with Yan =) 

Pernah masuk newspaper segala. Btw, dorang mengalu-alukan sape yg nk bukak brunch durian ais ni. 
Tagline.. Catchy kan? =)
By the way, as seen at the picture above, durian ni memang D24, 100%, tak campur dengan Musang King okeh. Kalau campur harga memang meletop mahal. Itu mak komfemkan. Oh, harga dia seulas/seketul/sebiji dalam RM3 (uhuk uhuk.. mahal kot eh? Ntah.. ) tapi kalau beli 4 hanya RM10. So seperti yg diberitahu sebab kitorang share, makanye 2 sorang.

Disebabkan tak sabar nak makan sebab takut durian cair dan sebagainya, kami pun duduk laa kat kerusi yang disediakan kat tepi-tepi jalan tuh. Macam ofis jauh sangat je kan? Padahal atas je.. Haha.. Makan-makan, first ngap, errmm menarik. second ngap masih menarik sampai laa sebiji abes rasanye memang menarik. Sedap sedap sedap! Tak abes2 cakap sedap.. Masa masuk yang second je, haha dah muak gilerr, rasa loya laa plak haha.. Ingatkan I sorang je rasa tapi Yan pun cakap the same thing. Oh lupa, bila ngap je, durian kat dalam tuh cair and mengalir-ngalir. Kalau coklat sedap kot.. hehe

Kesimpulannya, makan sebiji sedap masuk yg second bias-bias je. Maybe sebab kitorang ni tak hantu sangat durian kot. I hantu kalau durian itself sahaja. Yang tuh berbiji-biji boleh makan. Sampai berhari-hari lamanye nak hilangkan bau durian tersebut. Euwww kan kan? 

Btw, sesape yang pernah nampak stall ni kat memana, boleh laa try kot esp for those yang memang HANTU durian.. =) Have fun eating!!